Solidworks is a 3D mechanical CAD (computer-aided design) program that runs on Microsoft Windows and is being developed by Dassault Systèmes SolidWorks Corp., a subsidiary of Dassault Systèmes, S. A. (Vélizy, France). SolidWorks is currently used by over 1.3 million engineers and designers at more than 130,000 companies worldwide.
Thursday, 12 April 2012
Tutorial: Basic sketching and creating a 3D modell with Solidworks
Alat Pengukuran: Mikrometer
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu. Ia juga digunakan dalam bengkel mesin kerana dapat mengukur ukuran-ukuran yang tepat.
Mikrometer juga boleh didapati dalam unit metrik dan inci. Biasanya ukuran yang kecil boleh dibaca dengan ketepatan 0.01 mm.
Di dalam slide PowerPoint di bawah, terdapat maklumat berkaitan tentang mikrometer yang boleh dikongsi bersama. Antara isi kandungannya ialah:
- Bahagian-bahagian mikrometer
- Cara membaca mikrometer metrik
- Cara pengiraan skala bacaan
- Kelebihan mikrometer
- Cara mengukur ketepatan mikrometer
- Cara melaraskan ralat sifar
- Punca ralat sifar
- Perkara yang harus diperhatikan apabila menggunakan mikrometer
- Penjagaan mikrometer
- Jenis-jenis mikrometer yang lain
View more PowerPoint from hasnul73
Penggunaan Gergaji Besi
1. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah gigi mestilah menuju ke arah pemotongan.
Gambar 1: Cara memasang mata gergaji |
2. Pegang logam yang hendak dipotong dengan cara yang betul.
- Alaskan pengapit ragum dengan kepingan logam yang lembut dan nipis ataupun dengan kayu apabila hendak memotong logam yang nipis.
Gambar 2: Alas pengapit ragum |
3. Cara memegang logam yang hendak dipotong:
Gambar 3: Cara memegang logam |
Gambar 4: Cara memegang logam |
Gambar 5: Cara memegang logam |
Gambar 6: Cara memegang logam |
3. Mula-mula potong dengan perlahan.
- gunakan ibu jari sebagai panduan dan memulakan
memotong.
- apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang lebih panjang dan tetap.
- kelajuan pemotongan untuk gergaji biasa ialah lebih kurang 40
sorongan seminit.
Gambar 7: Cara memotong dengan gergaji |
4. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan sebelah tangan.
5. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur , angkat gergaji sedikit tetapi jangan ditarik kerana ini akan menumpulkan mata gergaji.
Mata Gergaji Besi
Saiz Mata Gergaji
:
• Panjang mata gergaji ialah antara 250 mm hingga 300 mm untuk gergaji tangan.
• Jadual di bawah menunjukkan kesesuaian dan jarak gigi (mata) gergaji untuk memotong bahan-bahan tertentu.
Jadual 1: Kesesuaian antara bahan yang dipotong dan saiz gigi gergaji besi
Bentuk Dan Kuak Gigi:
• Ada 3 jenis bentuk dan kuak gigi gergaji, iaitu:
- jenis pencakar - jenis berombak - jenis berselang |
Gergaji Besi
Tuesday, 3 April 2012
Morning...eh eh..dh tgh hari la...
Tengah sibuk belajar buat blog ni di CIAST dengan kawan-kawan VTO Siri 1/2012....
So..benda pertama yang saya nak share ngan korang ni pasal blog juga...blog masakan....
Sebab saya ni suka memasak dan cari resepi baru..saya terjumpalah blog ni...memang marvellous..
Memang semua resepi dia menjadi dan sedap...
Hopefully link ni boleh bagi idea kat korang untuk masak-masak nanti...
Hai hai....
Salam perkenalan...Assalamualaikum..
Saya masih baru dalam dunia blog ni...haha...lepas ni boleh share apa-apa dengan kawan-kawan iye..
bye bye... :))
Pic credit to Google
Subscribe to:
Posts (Atom)